Monday, March 24, 2008

PEDOMAN MEMILIH TEMAN HIDUP

BAGAIMANA MEMILIH SUAMI/ISTERI UNTUK MEMBINA KELUARGA CEMERLANG??

Cinta selalunya berakhir dengan perkahwinan, tetapi kalau salah pilih sudah pasti perkahwinan itu tidak bahagia. Sebab itu berhati-hatilah bila bercinta dan jangan terburu-buru memilih pasanagna hidup.

Kata orang ~Cinta itu nikmat tapi awas!!!~ CINTA betul ni dan memang benar, kerana dalam hal bercinta muda-mudi haruslah AWAS!

Pertama, ia harus awas supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang tidak bermoral dan bertentangan dengan ajaran Tuhan
Bagaimana memilih pasangan hidup? mungkin susah untuk menentukan satu panduan mutlak. Walau bagaimanapun, jom kita "mensharingkan" hasil renungan saya.

Pedoman 1 :PERCAYA DAN TAAT KEPADA TUHAN
Pedoman 2 :RAJIN DAN TIDAK MALAS BEKERJA
Pedoman 3: MENGHORMATI DAN MENJAGA MARTABAT DIRI MU
Pedoman 4: BERSIFAT PENYABAR
Pedoman 5 : MEMPUNYAI SIFAT TOLERANSI/BERTOLAK ANSUR
Pedoman 6: TIDAK BERSIFAT DUNIAWI
Pedoman 7 : TIDAK "KAKI BOTOL"
Pedoman 8: MEMPUNYAI SIFAT MENGAMPUNI
Pedoman 9 : BUKAN "KAKI JUDI"
PEDOMAN 10 : SERBA BOLEH DIDALAM BERBAGAI PERKARA
Pedoman 11 : MEMPUNYAI MORAL YANG BAIK DAN KUAT
Pedoman 12 : MENCINTAI ANAK-ANAK
Pedoman 13: JANGAN PILIH SUAMI ATAU ISTERI ORANG
Pedoman 14 : IA MENCINTAI MU SEPENUH HATI
Pedoman 15: PILIHAN DIRESTUI OLEH IBU BAPA

Pedoman 1 - inilah sifat yang paling mulia dan yang terutama sekali yang dimiliki oleh orang yang baik. Sebab itu, bila mencari dan memilih pasangan hidup, pastikan orang yang anda cintai mempunyai sifat ini.
Jangan kerana si kawan itu lawa dan cantik atau tampan(Ensom), tegap dan berkedudukan maka, leburlah hatimu lalu berpaut padanya seperti lintah.
Jangan ghairah dengan kecantikan, kedudukan, kekayaan dan ketampanan seseorang. Kerana ini tidak semestinya ia boleh menjamin hidup yang bahagia. Sebab itu, selidikilah dan perhatikan sifat kekasih yyang bertaktha dihatimu terutama sekali dari segi rohani. Adakah ia berimam kepada Tuhan atau tidak. Apalkah pegangannya kepada ajaran Tuhan kuat atau tidak.

Pedoman 2 - Salah satu daripada sifat sangat penting didalam memilih pasangan hidup adalah sifat rajin bekerja, kerana, kemalasan bekerja boleh mengakibatkan keluarga tidak mempunyai makanan yang mencukupi, tempat kediaman yang tidak selesa, pakaian yang tidak setimpal dan keperluan harian yang tidak mencukupi. Ini mengakibatkan perkahwinan tidak bahagia. Untuk

Pedoman 3 - Ini adalah satu lagi sufat yang harus dimiliki oleh bakal pasangan hidupmu. Jika anda mahu hidup bahagia didalam perkahwinan, kerana jika pasanganmu tidak menghormati dirimu dan tidak menjaga martabat diri mu diperingkat awal maka, apabila kamu sudah berkahwin tabiatnyapun sama.
Bagaimana anda tahu bahawa dia menghormati dan menjaga martabat dirimu? kalau kamu baru kawan-kawan atau sudah bertunang tetapi kekasih mu sudah memperlakukan dirimu seperti isterinya/suaminya dengan menggoda untuk tidur bersama mu atau meminta gajimu. maka, ini adalah tanda yang nyata bahawa dia tidak menghormati dan menjaga martabat dirimu selaku kekasihnya dan manusia yang belum sah menjadi isterinya/suaminya.

Pedoman 4 - Orang yang sabar adalah orang yang tidak pemarah. Ia sentiasa sabar didalam segala hal termasuklah apabila kekasihnya melakukan kesalah atau kesilapan. Marah boleh marah juga, tapi bukan sampai maki-maki atau pukul-pukul. Ia marah "sayang" suaranya tidak kasar dan tangannyapun tidak sampai menampar.
Sifat nin sangat-sangat diperlukan didalam perkahwinan, kerana tanpa sifat yang mulia ini maka terjadilah "peperangan" selalu didalam perkahwinan sehingga tidak ada keamanan dan kebahagiaan. Ini menyebabkan cintakasih sesama akan rengang dan "sejuk, akhirnya terjadilah perkara yang tidak diingini, iaitu perpisahan atau penceraian.
Ingatlah, kalau pasangan anda tidak sabar dan sentiasa marah-marah maka, hidup berkahwin umpama hidup di dalam neraka.

Pedoman 5 - Kita selaku manusia memang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Sebab itu sangat penting sekali kita memiliki sifat toleransi atau sifat bertolakansur terhadap kelemahan dan kesilapan seseorang.

Pedoman 6 - Bukan semua sifat duniawi itu jahat, tetapi sifat-sifat seperti gilakan wang dan harta, terlalu bekerja sehingga tidak ada masa untuk anak-anak dan suami/isteri adalah sifat yang tidak baik. Perkara ini boleh menjejaskan kehormonian dan kebahagiaan di dalam rumahtangga.
Berduit dn berharta bukan jahat, malah ianya penting demi kestabilan ekonomi dan kebahagiaan di dalam sesebuah keluarga, tetapi jika sudah terlalu bersifat duniawi sehingga lupa Tuhan maka, harta dan wang yang bertimbun pun tidak berguna sama sekali. Harta-benda, wang, kereta, rumha, tanah, kerbau, komputer telefon dan sebagainya adalah penting TETAPI, jangan menjadi hamba kepada barang-barang duniawi, kerana semua ini tidak dibawa mati. "Janganlah kamu mengumpulkan harta di bumi, kumpulkanlah bagi mu harta di surga, kerana di mana harta mu berada, di situ juga hati mu berada." (Matius 6:19-21)

Pedoman 7 - "Janganlah kamu mabuk oleh anggur" (Efesus 5: 18) Ingatlah terlampau minum minuman keras bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi, iajuga boleh membawa akibat jahat dan buruk apabila sudak mabuk. Sesungguh, kemabukan boleh membawa berbagai kecelakaan. " Celakalah mereka yang bangun pagi-pagi dan terus mencari minuman keras, dan duduk-duduk sampai malam hari, sedang badannya dihangatkan" (Yesaya 5:11)

Pedoman 8 - Kekasih yang bersifat pengampun adalah sesuai dijadiklan teman hidup kerana di dalam perkahwinan, pasangan juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Sebab itu, sifat yang sentiasa mengampuni adalah penting sekali di dalam perkahwinan demi menjamin keutuhan, kehormonian, dan kebahagiaan di dlaam keluarga.

Kalaulah pasangan anda tidak mempunyai sifat ini, maka kamu sentiasa hidup didalam keaddan tegang (tension) atau sentiasa rasa tertekan. Ini menyebabkan kamu sentiasa "berasam" muka. Lama kelamaan ini akan bertukar menh=jadi benci, dan akhirnya diikuti dengan perpisahan kerana cintakasih terhadap sesama tidak wujud lagi.

Sebab itu, bila memilih pasangan hidup, pilihlah yang besar belaskasihannya, kerana orang yang mempunyai belaskasihan sentiasa mengampuni. Dan orang yang mengampuni, besar cintakasihnya. "....ampunilah dan kamu akan diampuni>" (Lukas 6:37)

Pedoman 9 - Wang yang didapati hasil dari titik peluh bekerja adalah untuk digunakan bagi kebajikan dan kebaikan seisi keluarga, bukannya untuk berjudi!.

Pedoman 10 - Yang dimaksudkan disini, ialah pasangan anda mempunyai berbagai bakat dan kebolehan seperti pandai memasak, membersih rumah, mengemas rumah, bercucuk tanam atau bertani. Inilah penting kerana, ada masanya di dalam perkahwinan kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh si isteri, harus juga dilakukan oleh sang suami.


Penutup:
Berkawan biarlah ramai tetapi pilihan dihati hanyalah satu. Dan kalau dah pilih yang satu, tetaplah dan berpautlah padanya. Jangan lagi "gatal" selepas itu. Dan jangan sekali-kali bermain "kayuu tiga" nanti kena pukul kayu, baru kau tahu!! hahahaha

Kebijaksanaan memilih pasangan bukan saja bergantung kepada penilaian sendiri tetapi ianya juga banyak bergantung kepada Tuhan. Sebab itu, berdoalah memohon bantuan daripada TUhan agar anda dapat memilih pasangan hidup yang tepat dan sesuai.

No comments: