Thursday, May 8, 2008

Beras kurang?Deiiii nasib baik saya ada tanam ubi kayu hehehe

Bekalan beras cukup untuk tempoh 1.6 bulan lagi: Yahya
6th May, 2008
KOTA KINABALU: Beras tempatan Dan beras yang diimport oleh Bernas pada April Dan Mei tahun ini adalah mencukupi untuk keperluan penduduk di negeri ini bagi tempoh 1.6 bulan lagi (lebih satu bulan setengah), kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin.
Beliau yang juga Menteri Pertanian Dan Industri Maka-nan berkata, kadar stokpail itu diakui lebih rendah dari kadar 2.5 bulan pada waktu normal. “Saya sedar bekalan beras ketika ini menjadi masalah rumit bukan sahaja di Sabah tetapi juga di peringkat global. “Bagaimanapun saya di-maklumkan oleh Bernas Dan Pejabat Kawal Selia Padi Dan Beras, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malay-sia bahawa bekalan beras akan kembali pulih selewat-lewatnya penghujung bulan Mei ini apabila bekalan beras import tiba.
“Stokpail beras kelak akan mencukupi keperluan untuk tempoh dua hingga tiga bulan pada setiap masa,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Au Kah Wah, pada sesi soal jawab dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, kelmarin. Yahya berkata, strategi yang dilaksanakan serta merta bagi menjamin bekalan beras tidak terputus ialah melalui perolehan beras dengan lebih agresif dari negara-negara pengeksport utama beras dunia seperti Thailand Dan Vietnam serta negara India, Pakistan, Cambodia Dan Myanmar.
“Sebagai usaha meningkat-kan tahap stokpail beras di Sabah, pihak Bernas sedang berusaha untuk meningkatkan kapasiti simpanan beras dengan pembinaan gudang-gudang baru.
“Di samping itu, Bernas telah mengambil tindakan pre-emptive untuk mengelak penyorokan beras melalui penjualan beras kepada para pemborong berdasarkan purata jualan mereka pada tahun 2007 dengan sedikit peningkatan selaras dengan pertumbuhan pasaran Dan bagi menampung penurunan bekalan beras tempatan,” katanya
Katanya lagi, pengawalan harga beras adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Dan dilaksanakan oleh Bernas Dan Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras khususnya yang melaksanakan Akta Kawalan Padi Dan Beras 1994.
“Bagi memastikan bekalan Dan harga beras berpatutan kepada para pengguna, Baha-gian Kawal Selia Padi Dan Beras melakukan pemantauan stok dengan menghendaki laporan dari Bernas setiap Hari.
“Manakala pemborong pula memberikan laporan mingguan. Harga jualan para peruncit beras juga dipantau setiap Hari,” katanya. Yahya berkata, melalui pemantauan harian yang dijalankan pihak bertanggungjawab setakat ini, mendapati tidak Ada sebarang kenaikan harga beras Dan tidak Ada penyorokan atau keengganan perun-cit menjual beras di negeri ini.
“Para pemborong Dan peruncit beras masih menjual mengikut kadar harga seperti yang ditetapkan,” katanya

2 comments:

Archie Chi said...

hehe.. beras kurang.. makan rumput ja lo LoL.. ^_^ from Slyly Facetious Mind - Archie

Artern said...

Adeii susah ni macam.Tahun ni kami x tanam padi...harap2 itu kayu ubi x abisla ni hehe